Pertandingan Pangkah Gasing Tarik Minat Belia Kampung Spaoh

JUMAAT, 22 APRIL 2022

SPAOH: Acara akhir bagi Pertandingan Pangkah Gasing Tertutup Kampung Spaoh telah berakhir dengan jayanya pada Selasa.

Pertandingan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jang Bs ini diadakan secara tertutup untuk Kampung Spaoh sahaja.

Sementara itu, pihak penganjur berharap agar pertandingan ini dapat menarik minat para belia untuk menyertai permainan tradisional ini supaya dapat dikekalkan dan tidak dilupakan.

Selain itu, ianya diadakan untuk merapatkan hubungan diantara masyarakat Kampung Spaoh sempena bulan Ramadhan ini.-EDISI UKAS

add comment