JUMAAT, 22 APRIL 2022
MIRI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Pusat Falak di sini pada Jumaat.
Selesai berbuka puasa, beliau berkesempatan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Ustaz Razali Husaini.
Hadir menemani beliau, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin; Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah 1, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan 2, Dr Ripin Lamat; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti 1, Datuk Rosey Yunus; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti 2, Razi Sitam; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1, Dr Annuar Rapa’ee; Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha; Residen Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusuf; Pengerusi Lembaga Amanah Melayu Bakam, Julani Mokhtar; Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Shibli Abang Mohd Nailie; Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Mual Suaud; Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Ustaz Khalidi Ibrahim; Timbalan Pengarah 1 JAIS, Ahmad Sukarno Saini serta Ketua Penolong Mufti Kanan, Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Wan Shaifuddin Bin Haji Wan Madihi juga hadir di majlis tersebut. -EDISI UKAS