Projek Bina Baru Ruang Legar Surau As Syafie PPR Lambir Sungai Rait Siap Sepenuhnya

JUMAAT, 22 APRIL 2022

MIRI: Projek bina baru ruang legar Surau As Syafie Program Perumahan Rakyat (PPR) Lambir, Sungai Rait kini telah siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat berkata, projek berkenaan merupakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan kos RM100,000.

“Dengan peruntukan RM100,000 daripada Kerajaan Sarawak dan hasil kerja pihak kontraktor, bagi saya rasa ia memang berbaloi,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Bina Baru Ruang Legar Surau As Syafie, PPR Lambir, Sungai Rait pada Khamis.

Sementara itu, Dr Ripin Lamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kontraktor yang menjayakan projek pembinaan baru ini.

Katanya, dengan siapnya Surau As Syafie ini, ia akan memberi keselesaan kepada penduduk menunaikan ibadah dan menjalankan aktiviti keagamaan.

Dalam pada itu, beliau berharap status surau ini akan dapat dinaik taraf kepada masjid untuk menjadikan rumah ibadah ini lebih besar fungsinya.

Dr Ripin telah berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama jemputan.- EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia