Datuk Amar Jaul Samion Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Pejabat Perhubungan Sarawak, Kuala Lumpur

SABTU, 23 APRIL 2022

KUALA LUMPUR: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion meluangkan masa berbuka puasa bersama kakitangan Pejabat Perhubungan Sarawak, Kuala Lumpur di Sunway Putra Hotel di sini pada Sabtu. 

Majlis berbuka puasa tersebut dimulakan dengan penyampaian saguhati daripada Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur kepada Datuk Amar Jaul Samion sebagai penghargaan. 

Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah Unit Pentadbiran Sarawak, Nicholas Sia, Pegawai Perhubungan Sarawak, Awang Supian Awang Daud, Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Datu Ismail Mohamad Hanis. 

Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Datu Dr Chai Khin Chung, Pengarah Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak, Samat Junai, Pengarah Unit Audit Dalam, Toieyah Tioh, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama- agama Lain, Richard Lon, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Adana Jed dan pegawai-pegawai Jabatan Premier Sarawak turut hadir sama.-EDISI UKAS

add comment