Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Kakus Kekal Milik Rohana Abdullah

SABTU, 23 APRIL 2022

SELANGAU: Mesyuarat Pergerakkan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kakus telah diadakan di Hotel Promenade di sini pada Jumaat.

Seramai 60 Jawatankuasa Pergerakan Wanita dari 15 Ranting Wanita PBB di Kakus telah hadir ke mesyuarat berkenaan.

Dalam mesyuarat ini, pemilihan telah diadakan yang mana Rohana Abdullah @ Josephine Egah dipilih semula dengan kemenangan tanpa bertanding sebagai Ketua Pergerakan Wanita PBB Kakus bagi sesi 2022-2025.-EDISI UKAS

add comment