Program Ziarah UKAS @ Komuniti, Semarak Ramadan 2022 DUN N.4 Pantai Damai Santuni Pengunjung Bazar Ramadan Kampung Temenggong

SABTU, 23 APRIL 2022

KUCHING: Program Ziarah UKAS @ Komuniti, Semarak Ramadan 2022 DUN N.4 Pantai Damai menyantuni pengunjung yang mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Temenggong di sini pada Jumaat.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Naib Ketua Cawangan PBB N.4 Pantai Damai, Ramli Apot yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Program telah dimulakan dengan pengagihan sebanyak 105 pek bubur lambuk bersama kurma kepada penduduk kampung yang di tapak Bazar Ramadan Kampung Temenggong.

Program kemudian diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa bersama JKKK Kampung Temenggong dan JKKK Kampung Temedak di mana Ramli Apot menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak (UKAS) di atas penganjuran majlis tersebut.

Beliau turut menyatakan program seumpamanya dapat membantu penduduk kampung sekaligus mengeratkan lagi silaturrahim di antara penduduk. -EDISI UKAS

add comment