Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibah Secara Rasmi Menjadi Masjid Angkat AADK

AHAD, 24 APRIL 2022

SRI AMAN: Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibah secara rasminya menjadi masjid angkat bagi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sri Aman.

Simbolik penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan semasa majlis berbuka puasa ‘Iftar Ramadan’ anjuran AADK baru-baru ini. 

Sehubungan itu, Masjid Darul Syakirin akan dipertanggungjawabkan dalam pelaksanaan program khas untuk klien AADK seperti program keagamaan dan kerohanian serta program pencegahan dadah dalam komuniti setempat dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid berkenaan.

Ia bertujuan mendidik dan membimbing klien AADK melalui penerapan nilai murni ke arah pembentukan jati diri yang berpegang teguh dengan ajaran agama.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Sri Aman merangkap Pengerusi One Stop Committee Menangani Isu Dadah dan Subtance (OSC-MIDS) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)  Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee; Pengerusi Pengimarahan Masjid Darul Syakirin, Hamali Jol; dan Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Bahagian) Sri Aman, Ustaz Abang Azman Abang Mohamed.-EDISI UKAS

add comment