ADUN Muara Tuang Menunaikan Solat Berjemaah Bersama Penduduk Kampung Naie

AHAD, 24 APRIL 2022

KOTA SAMARAHAN: Penduduk Kampung Naie berkesempatan menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat Tarawih bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato Idris Buang di Masjid Darul Islam Wal Muslimin di sini baru-baru ini.

Seramai 50 jemaah hadir melibatkan Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), serta penduduk kampung.

Setelah selesai solat, Dato Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang sempat meluangkan masa menikmati jamuan moreh di masjid berkenaan.

Turut hadir, Ketua Marqas Operasi DUN Muara Tuang, Aziz Mohamad; dan Ketua Kaum Kampung Naie, Matdihi Ismail. -EDISI UKAS

add comment