AHAD, 24 APRIL 2022
KOTA SAMARAHAN: Jerayawara Ramadan Parlimen Kota Samarahan diteruskan dengan pengagihan bubur lambuk di Kampung Tanjung Apong, Asajaya pada Sabtu.
Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang telah hadir menyempurnakan program tersebut.
Beliau turut disertai oleh Temenggung Bahagian Samarahan, Chek Bujang, Ketua Kaum Tanjung Apong, Morsalin, Ketua Kaum Kampung Lubok Kura, Sabahan Alis, serta Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Asajaya, Mahani Sahari.
Datuk Rubiah dalam ucapannya menaruh harapan agar kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat khasnya di Kampung Tanjung Apung dapat terus dikekalkan walaupun selepas tamatnya musim perayaan nanti.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan siri jerayawara kali ini. -Edisi UKAS