JKKK Perlu Tingkatkan Kualiti Pengurusan Secara Lebih Sistematik

AHAD, 24 APRIL 2022

KUCHING: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu meningkatkan kualiti pengurusan mereka demi membantu masyarakat kampung mendapatkan kehidupan yang lebih baik. 

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hj Hazland Abang Hj Hipni berkata, JKKK harus meningkatkan kualiti pengurusan secara sistematik bagi memastikan sistem urus tadbir kampung berjalan dengan teratur dan berkualiti.

“JKKK adalah sebuah badan terpenting dan berpengaruh di peringkat kampung bagi memastikan kawasan setempat tidak terpinggir daripada arus pembangunan dan sentiasa dipelihara dari sebarang bentuk ancaman,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sungkei, Solat Berjemaah Maghrib, Isya dan Terawih bersama kepimpinan DUN Demak Laut di Penview Convention Centre (PCC) Kuching, Jalan Bako pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut turut menyampaikan dana aktiviti tahunan kepada setiap JKKK di DUN Demak Laut. 

“Saya berharap agar dengan adanya geran yang telah diberi boleh digunakan sepenuhnya untuk memanfaatkan masyarakat setempat,” ujarnya lagi. 

Sebanyak RM450,000 dana tahunan telah disampaikan kepada 30 JKKK di DUN Demak Laut bagi memenuhi keperluan masyarakat kampung dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Kira-kira 133 ahli JKKK serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Demak Laut hadir di majlis itu. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia