Program Semarak Perpaduan Meriahkan Suasana Ramadan Di Sri Aman

AHAD, 24 APRIL 2022

SIMANGGANG: Suasana bulan Ramadan di Taman Harmoni di sini telah dimeriahkan dengan pengagihan bubur lambuk sempena Program Semarak Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Sri Aman bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sri Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor hadir menyempurnakan program tersebut yang turut diadakan secara serentak di seluruh negara.

Dayang Noorazah dalam ucapannya memberitahu, matlamat utama program itu adalah untuk mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Amalan gotong-royong ini juga dapat memupuk semangat kerjasama sesama rakyat terutamanya pada musim perayaan,” katanya.

Sementara itu, penduduk Taman Harmoni menaruh harapan agar program seumpama itu terus dibuat secara meluas serta melibatkan golongan belia. -Edisi UKAS

add comment