‘Rafting Challenge Festival 2022’ Diadakan 23 Julai Ini

AHAD, 24 APRIL 2022

SERIAN: Satu mesyuarat khas telah diadakan di Majlis Daerah Serian berhubung penganjuran ‘Rafting Challenge Festival 2022’ yang akan diadakan pada 23 Julai nanti.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem itu adalah bagi memperhalusi persiapan yang perlu dilakukan oleh ahli jawatankuasa penganjur.

Menurut beliau, perlumbaan berakit tahunan untuk kali ke-10 sejak tahun 2012 itu akan menyusuri sejauh 25 kilometer Sungai Batang Kayan dan Sungai Batang Sadong, Tebedu dari Kampung Tema hingga Kampung Tebakang, Serian.

Kategori yang bakal dipertandingkan adalah Lelaki Terbuka, Perempuan Terbuka, Belia Terbuka dan Kumpulan Campuran Agensi Pelancongan.

Sementara itu, terdapat juga aktiviti sampingan semasa pertandingan iaitu acara Ratu Bilanting, nyanyian karaoke, sukaneka dan jualan hasil tempatan.

Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur itu menambah, hadiah wang tunai sebanyak RM27,000 bakal dimenangi manakala tarikh akhir penyertaan dilanjutkan sehingga 17 Julai 2022.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian, Asem Linkin; Setiausaha Majlis Daerah Serian, Constantine Gerald Jonas Noeb, Timbalan Setiausaha Majlis Daerah Serian, Collin John; dan Ahli Majlis Daerah Serian, Leong Pit Wee.

Setelah selesai mesyuarat, Dato Sri Richard Riot kemudiannya menyempurnakan penyerahan bubur lambuk dan minuman kepada 28 orang kakitangan beragama Islam dari Majlis Daerah Serian di perkarangan bangunan majlis tersebut.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia