ISNIN, 25 APRIL 2022
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris meraikan pengamal media termasuk pihak cawangan Simunjan dan agensi kerajaan pada majlis berbuka puasa di Hotel Pullman di sini pada Jumaat.
Beliau telah menyantuni seramai 80 jemputan yang terdiri daripada media cetak dan penyiaran, persatuan ibu dan bapa serta persatuan wanita dan pemuda parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan.
Selain bertujuan mengeratkan lagi ukhwah, majlis tersebut juga merupakan tanda terima kasih Awla di atas liputan media terhadap segala projek, aktiviti mahupun usaha beliau sebagai pemimpin.
Dalam masa sama, beliau menghargai peranan semua yang hadir di majlis itu kerana banyak memberikan sokongan kepadanya sepanjang bergelar sebagai wakil rakyat. -EDISI UKAS