ISNIN, 25 APRIL 2022
SARIKEI: Sebanyak enam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sarikei bekerjasama bagi menjayakan Program Semarak Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Bahagian Sarikei dengan kerjasama Balai Bomba Dan Penyelamat Sarikei di Dewan Perpaduan, Pejabat Perpaduan Bahagian Sarikei pada Sabtu.
Program tersebut dijalankan serentak di seluruh negeri di mana sebanyak 5,000 periuk dan 300,000 paket bubur lambuk akan diagihkan ke pelbagai agensi seperti balai polis, Bomba, hospital dan selebihnya diagihkan di kawasan KRT masing-masing.
Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab Ahli Parlimen.
Menurut beliau, program seperti ini sungguh penting kerana ia akan menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan komuniti.
Selain katanya, program ini sekaligus menunjukkan komuniti di Sarawak sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama dapat hidup antara satu sama lain dengan semangat yang tinggi.
Justeru, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah berjaya melaksanakan program yang cukup bermakna ini.
Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Bahagian Sarikei Erma Farida Yusuf, wakil Balai Bomba Sarikei Mijan Pamin, Ketua-ketua Masyarakat dan Ahli KRT.-EDISI UKAS