ADUN Tebedu Sempurnakan Penyerahan Sumbangan Di Kampung Darul Falah

ISNIN, 25 APRIL 2022

SERIAN: Sebanyak 20 pek beras dan gula sumbangan Pertubuhan Dana Kita telah diserahkan kepada penerima yang terpilih di Kampung Darul Falah.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada menerusi Majlis Berambeh Sungkei Bersama Pemimpin  bertempat di Dewan Kampung Darul Falah di sini pada Jumaat.

Selain sumbangan beras dan gula, pihak masjid di kampung berkenaan turut menerima sumbangan keperluan solat daripada Tabung Baitulmal Sarawak, termasuk sumbangan cecair pencuci tangan daripada Pejabat Residen untuk kegunaan para jemaah.

Dr Simon dalam ucapannya menzahirkan rasa gembira dan kagum apabila melihat penduduk kampung yang beragama Islam dan bukan Islam boleh hidup bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain.

Justeru beliau berharap agar perpaduan di kalangan penduduk dapat dikekalkan.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian, Asem Linkin.-EDISI UKAS

add comment