4,309 Pek Bubur Lambuk Diagihkan Di Sekitar Parlimen Limbang

SELASA, 26 APRIL 2022

LIMBANG: Sebanyak 4,309 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk di 32 buah kampung  dan beberapa taman perumahan di sekitar Parlimen Limbang.

Simbolik pengagihan bubur lambuk telah disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia yang juga Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah secara bergerak ke kampung-kampung yang terlibat pada Sabtu.

Beliau turut mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna-pengguna jalan raya yang melalui Jalan Muhibbah di hadapan Bangunan Pusat Pembangunan Komuniti Melayu Limbang, Kampung Bunga Raya. 

Penyediaan bubur lambuk ini telah dibahagikan kepada dua kaedah iaitu pertama secara gotong-royong oleh penduduk Kampung Ulak, Kampung Pahlawan dan Kampung Bunga Raya manakala kampung-kampung lain disediakan perkhidmatan katering yang dilantik.

Sementara itu, Ketua Kampung Patiambun Ahmad Mail dan Ketua Kampung Nauran Osman Salleh yang ditemui Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak (UKAS) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Limbang di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat itu, lebih-lebih lagi diadakan pada bulan yang mulia ini. 

Hadir sama Pegawai RISDA Bahagian Limbang Mohd Nazli Ayub, Pegawai Perpaduan Bahagian Limbang Mohd Fakri Asmad dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).-EDISI UKAS

add comment