ADUN Stakan Hadiri Solat Berjemaah Fardhu Isyak & Solat Sunat Tarawih Bersama Penduduk

SELASA, 26 APRIL 2022

STAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkesempatan meluangkan masa menyertai solat berjemaah fardhu Isyak dan solat sunat tarawih bersama penduduk di Masjid Ar Riyadh Taman Samarindah, Kota Samarahan pada Isnin.

Selepas itu, beliau menyampaikan cek berjumlah RM50,000 kepada Pengerusi Masjid Ar Riyadh Taman Samarindah, Shuhor Ahmad bagi membaik pulih masjid berkenaan.

Dalam program sama, Datuk Hamzah juga telah menyempurnakan perasmian van jenazah Masjid Ar Riyadh Taman Samarindah Mukim Pengkalan Kuap.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan cenderahati kepada jemaah yang hadir bagi mengimarahkan hubungan silaturahim sempena bulan Ramadan. -EDISI UKAS

add comment