SELASA, 26 APRIL 2022
KOTA SAMARAHAN: Program Ziarah Berambeh Tarawih anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Samarahan mendapat sambutan daripada warga Kampung Binyu Lama di Masjid Darul Falah, pada Isnin.
Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang telah hadir bagi menyempurnakan program berkenaan dan menyumbangkan wakaf berupa sejadah, telekung, naskah surah yasin dan Al-Quran kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Falah Kampung Binyu Lama, Kuching.
Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada setiap jemaah yang hadir. -EDISI UKAS