15 Surau di Kawasan Sibuti Terima Dana MRP Berjumlah RM70,000

RABU, 27 APRIL 2022

SIBUTI: 15 buah surau di kawasan Subis dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir menerima dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM70,000.

Hadir menyerahkan dana MRP itu ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat pada Selasa.

Dalam ucapannya, beliau berharap dana daripada Kerajaan Sarawak itu seperti yang dimaklumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Masjid Bakam pada 22 April itu akan dapat dimanfaatkan pengurusan surau bagi penyelenggara dan menambah baik surau dan sebagainya.

Pada sebelah petangnya, Dr Ripin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir bersama ahli Pusat Khidmat DUN Lambir dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Lambir telah mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat penduduk Kampung Satap dan kampung-kampung berdekatan.-EDISI UKAS

add comment