Datuk Hasbi Sahur Bersama Anggota Bomba Daerah Limbang

RABU, 27 APRIL 2022

LIMBANG: Terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Limbang yang telah mengadakan Singgah Sahur Bersama Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 2 Malaysia/Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah baru-baru ini. 

Dalam ucapan ringkasnya, beliau sangat menyanjung tinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) khususnya di daerah Limbang kerana telah berjaya mengawal kebakaran dan membantu rakyat dengan pelbagai cara demi keselamatan dan kemaslahatan penduduk di Limbang khususnya.

Seperti malam-malam sebelumnya, anggota Bomba yang bertugas 24 jam secara penggiliran tetap menjalankan tugasnya pada bulan Ramadan bagi memastikan setiap kecemasan dapat ditangani segera. 

Selepas sahur, Datuk Hasbi bergerak ke Masjid Baitul Iman Daerah Limbang bagi menunaikan Solat Fardu Subuh berjemaah. 

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, wakil Pegawai Daerah Limbang Awangku Mohd Shahrizan Mainizan Awangku Maidin, Ketua Bomba Zon 7 Limbang Awangku Mohd Hazmin Awangku Zainal dan Pegawai Zon 7  Zaki Hussin. -EDISI UKAS

add comment