JBPM Miri Anjur Program Kesedaran Awam Dan Edar Risalah Kempen Keselamatan Sempena Musim Perayaan

RABU, 27 APRIL 2022

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri telah mengadakan program kesedaran awam berkaitan keselamatan kebakaran di dapur bertempat di Padang Bola Sepak Majlis Bandaraya Miri (MBM) pada Selasa.

Dalam program tersebut, pengisiannya merangkumi ceramah dan demonstrasi tatacara pemadaman api yang melibatkan kebocoran LPG gas di dapur.

Turut diadakan pemadaman kuali yang disambar api dengan menggunakan kaedah menyelimut.

Selain itu, JBPM Miri juga mengedarkan risalah Kempen Keselamatan Sempena Musim Perayaan kepada penjaja dan pengunjung Bazaar Ramadan di Padang Bola Sepak MBM.-EDISI UKAS

add comment