RABU, 27 APRIL 2022
KUCHING: Kelab Bola Sepak Sambir Bestari (KBSB) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN N15 Asajaya bagi Edisi Ke-54 di Padang Bola Sepak Arena Kampung Sambir bermula dari 4 Mei sehingga 16 Mei 2022.
Penaung KBSB, Dato Abdullah Julaihi ketika ditemui media di Lea Sports Centre, Sarawak Plaza Kuching di sini pada Selasa berkata kebanyakan pasukan yang menyertai kejohanan ini datangnya dari pasukan-pasukan sekitar bandar Kuching, Samarahan, Sadong Jaya, Simunjan dan Asajaya.
Pelbagai hadiah menarik yang bakal ditawarkan pada kejohanan tersebut iaitu hadiah berupa piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM5000 dan baucer pembelian RM1000 daripada LSC yang sedia menanti juara pada kali ini.
Selain itu, turut dipertandingkan kategori veteran 40 tahun dengan penyertaan hanya dihadkan kepada 12 pasukan sahaja.
Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran kejohanan ini juga menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baru. -EDISI UKAS