RABU, 27 APRIL 2022
MIRI: Miri Marathon 2022 (MM22) bakal kembali diadakan pada tahun ini yang mana akan diadakan pada 6 November 2022 di Taman Bulatan, Miri.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, penganjur mensasarkan seramai 5,000 peserta menyertai MM22 yang akan dilancarkan pada 9 Mei 2022 di Pejabat Pelancongan Sarawak Kuching.
Katanya, pendaftaran MM22 juga akan mula dibuka pada 9 Mei 2022.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu turut menjelaskan penganjuran marathon ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu 42 km Full Marathon, 21 km Half Marathon dan 10 km Speed Run.
Adam Yii memberitahu, pada acara sebelum ini menyaksikan Miri Marathon telah menarik purata bilangan peserta antara tahun 2017 (3,700 peserta), 2018 (5,000 peserta), 2019 (5,800 peserta) dan 2020 (6,400 peserta) yang mana ia dibatalkan akibat pandemik COVID-19.
Para peserta terdiri daripada peserta tempatan dan antarabangsa seperti Singapura, United Kingdom (UK), Eropah, China, Jepun dan Afrika.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman Facebook @Miri Marathon Association atau hubungi 017-8956966 dan 019-8844172.-EDISI UKAS