Program Ziarah UKAS @ Komuniti 2022 Semarak Ramadan Terus Santuni Belia di Gedong

RABU, 27 APRIL 2022

GEDONG: Program Ziarah UKAS @ Komuniti 2022 Semarak Ramadan terus menyantuni para belia dikawasan Gedong pada Isnin.

Wakil Tugas Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais telah hadir bagi menyempurnakan program dan menyampaikan sumbangan kotak Semarak Ramadan kepada para belia dan tetamu yang hadir.

Semasa berucap, Datuk Naroden merakamkan ucapan tahniah UKAS kerana telah menganjurkan program yang dapat menyemarakkan lagi semangat untuk semua umat Islam untuk menyambut bulan Ramadan.

Wakil Kelab Belia Kreaktif Gedong (KBKG), Azuana Jenudin turut merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan kepada pihak belia dikawasan Gedong dan berharap program sebegini sentiasa diteruskan bagi mengeratkan lagi silaturahim diantara masyarakat setempat.-EDISI UKAS

add comment