Timbalan Premier Sarawak Berbuka Puasa Bersama Ketua-ketua Jabatan Dan Serah Bantuan Kepada Asnaf Di Lawas

RABU, 27 APRIL 2022

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Ketua-ketua Jabatan dan Penyampaian Bantuan Asnaf di Hotel Seri Malaysia, Lawas pada Isnin. 

Pada majlis itu, beliau telah menyampaikan bantuan daripada Agro Bank kepada olongan asnaf dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas, Sekolah Kebangsaan (SK) Majlis Islam Sarawak (MIS) Lawas, SK Aru, SK Pusat Lawas, SK Batu Lima dan SK Awat-Awat.

Turut disampaikan dividen Ladang Rakyat kepada wakil LCDA yang berjumlah RM3,074,553.48. 

Sebelum berbuka puasa, Agro Bank telah mengadakan cabutan bertuah kepada hadirin yang hadir dan disusuli solat Magrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah. 

Hadir sama Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Jawa, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Dato Safri Dato Abdillah, Pengurus Agro Bank Lawas Mohamad Rabau, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Ahli Jawatankuasa Kelab Rando Daerah Lawas. -EDISI UKAS

add comment