KHAMIS, 28 APRIL 2022
MIRI: Pengguna jalan raya di sepanjang Jalan Airport diingatkan untuk lebih berhati-hati semasa memandu.
Majlis Bandaraya Miri (MBM) memaklumkan, pihaknya akan melakukan operasi pemotongan pokok dari lampu isyarat persimpangan E-mart ke Terminal Lapangan Terbang.
Tambah MBM lagi, ia akan dijalankan dari 28 hingga 29 April 2022 dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2:00 petang hingga 4.30 petang.
Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, kerja-kerja yang dirancang ini akan ditangguhkan sehingga ia diberitahu lagi kelak. -EDISI UKAS