UKAS & PEMADAM Anjur Ziarah UKAS Semarak Ramadan & Jerayawara Bubur Lambuk Di Beluru

KHAMIS, 28 APRIL 2022 

BELURU: Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak (UKAS) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Cawangan Daerah Beluru telah menganjur program bersama Ziarah UKAS Semarak Ramadan dan Jerayawara Bubur Lambuk di Kampung Melayu Beluru, Bakong pada petang Rabu.

Program tersebut telah dirasmikan Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling Ason.

Pengisian program pada petang itu ialah membuka kaunter pendaftaran bagi ahli baru PEMADAM dan seterusnya mengedarkan Bubur Lambuk kepada penduduk di sekitar kampung Melayu Beluru.

Sementara, UKAS pula menyerahkan barangan Ziarah UKAS Semarak Ramadan kepada golongan asnaf di kampung berkenaan.  

Selepas itu, diadakan majlis berbuka puasa di Dewan Kampung Melayu Beluru yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Munir serta Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Beluru, Bakong.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Majlis Daerah Marudi Edward Mendai, Ketua Kaum Iban, Pemanca Enggah Muga, Ketua Masyarakat Kaum Melayu, Penghulu Abdullah Samat dan Ketua-Ketua Jabatan.- EDISI UKAS

add comment