Ziarah UKAS Semarak Ramadan Rapatkan Solidariti Perpaduan Pelbagai Kaum Di Sarawak

KHAMIS, 28 APRIL 2022 

BINTULU: Penganjuran program Ziarah UKAS merupakan medium bagi merapatkan solidariti perpaduan pelbagai kaum di bumi Sarawak.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan yang tidak ada sempadan tanpa mengira bangsa dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Johnny Pang berkata, bulan Ramadan kali ini secara tidak langsung dapat mendidik umat Islam untuk sentiasa bersyukur kerana masih dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang aman dan tenteram berbanding dengan negara-negara lain yang masih dalam kesusahan menangani pandemik COVID-19. 

Antara pengisian program itu ialah Majlis Khatam Al-Quran, penyampaian sumbangan dan majlis berbuka puasa di Surau Darussyakirin, Kampung Assyakirin Fasa 1, Bintulu pada Rabu.

Pada kesempatan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada UKAS kerana menjemputnya bersama memeriahkan majlis berbuka puasa dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis itu.

Hadir sama Pengerusi Surau Darussyakirin, Yusuf Ali dan Presiden Persatuan Anaq Vaie Bintulu Pandi Suhaili.- EDISI UKAS

add comment