JUMAAT, 29 APRIL 2022
MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tellian,Rostyon Valentine menyantuni 20 asnaf di sekitar Mukah dengan menyampaikan sumbangan bersempena dengan Program Tazkirah Mesra Ramadhan anjuran Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MYTIC) dengan kerjasama Masjid Setiaraja Mukah.
Dalam pada itu, Royston turut menyampaikan saguhati kepada peserta Khatam Al-Quran.
Program tersebut di mulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran disusuli Takzirah Mesra yang disiarkan secara langsung di Facebook page MYTIC.
Selanjutnya majlis diteruskan dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Pegawai Da’Wah Hikmah Cawangan Mukah,oleh Ustaz Jammie Andrew.
Selesai menyempurnakan penyampaian saguhati kepada peserta Khatam Al-Quran ,majlis diteruskan dengan Majlis berbuka puasa,Bacaan tahlil arwah dan diikuti dengan solat terawikh bersama komuniti setempat.
Majlis yang diadakan adalah anjuran daripada Mukah Youth Transformation & Innovation Centre (MYTIC) dengan kerjasama Masjid Setiaraja Mukah, Hikmah Cawangan Mukah, Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Sarawak Digital Economy Corporation, Unit Komunikasi Awam Sarawak, SKUAD Antidadah Daerah Mukah.
Turut hadir, Pengerusi Masjid Setia Raja Mukah, Muhd Tarmizi Karnain, Penyelia Mukah Youth Transformation & Innovation Centre, Muhd Tarmizi Karnain, dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Setiaraja Mukah.-EDISI UKAS