Affin Hwang Investment Bank Berhad Sumbang RM50,000 Zakat Untuk PDK Satok

JUMAAT, 29 APRIL 2022

KUCHING: Affin Hwang Investment Bank Berhad telah menyumbangkan zakat berjumlah RM50,000 kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Satok.

Penyerahan telah diberikan oleh Pengerusi Interim Affin Hwang Investment Bank, Datuk Noor Azian Shaari kepada isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dalam satu majlis di Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Juma’ani pada Jumaat.

Terdahulu, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani telah memulakan majlis anjuran PDK Sri Satok dan Affin Hwang Investment Bank Berhad itu dengan sesi ziarah dan beramah mesra.

Majlis berkenaan dihadiri oleh lebih 50 warga PDK Sri Satok termasuk kanak-kanak dan dewasa yang dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU) serta tenaga pengajar.-EDISI UKAS

add comment