BKNP Bakal Menjadi Taman Negara Kedua Di Bintulu

JUMAAT, 29 APRIL 2022

BINTULU: Taman Negara Bukit Kana (BKNP) bakal menjadi taman negara kedua dan menjadi tarikan pelancong di Bintulu.

Lawatan kerja tersebut telah dianjurkan oleh Sarawak Forest Corporation (SFC) bagi memberi pandangan serta penerangan terperinci kepada Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan berkenaan dengan persediaan BKNP menjadi taman negara kedua Bintulu serta memperkenalkan  destinasi ini kepada orang ramai.

Turut hadir Pegawai daripada Pejabat Korporat Kuching, Bahagian-Eko Pelancongan, Pemangku Pengurus Wilayah Bintulu, Nickson Joseph Robi, warden BKNP dan Pemanca Daerah Tatau, Gerosen Jubin.-EDISI UKAS

add comment