ISNIN, 2 MEI 2022
MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine membawa keceriaan kepada enam anak yatim piatu dari Kampung Petanak, Mukah membuat persiapan Hari Raya.
Beliau menyantuni keenam beradik itu membeli keperluan dan pakaian Hari Raya bertempat di salah sebuah pasara raya di Mukah baru-baru ini.
Difahamkan ayah mereka, Shidek Ali meninggal dunia pada 2020 akibat serangan jantung manakala ibu mereka, Mariam Jaman meninggal dunia pada Mac 2022 akibat kanser hati dan paru paru.
Anak sulong tinggal seorang diri di rumah SPS Petanak menjaga rumah peninggalan ibu bapa mereka manakala anak kedua hingga keenam tinggal bersama nenek di Petanak Hulu (Rumah PPRT).
Royston dalam pada itu berharap sumbangan itu sedikit sebanyak mengurangkan beban dan kesedihan mereka untuk sama-sama meraikan Aidilfitri.
Beliau juga berharap, anak-anak ini nanti akan menjadi orang yang berjaya dan berbakti kepada masyarakat kelak. – EDISI UKAS