Program S-MM2H Platform Perkenal Miri Terhadap Warga Asing Yang Menetap Di Miri

ISNIN, 2 MEI 2022

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) melalui pasukan petugas akan menyusun strategi dan mempermudah program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) bagi memperkenalkan bandaraya Miri terhadap warga asing yang menetap di Miri. 

Dalam pada itu, dengan kerjasama daripada pasukan petugas ini ianya dapat menyokong Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak untuk mengembangkan program S-MM2H serta mempromosikan Bandaraya Miri sebagai lokasi pilihan bagi program berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS), Chew Chang Guan, program ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan Sarawak dalam membantu memulihkan ekonomi khususnya di Bandaraya Miri selepas negara kini beralih kepada fasa endemik.

“Sudah tentu peranan kami di STATOS adalah untuk membangunkan hubungan perdagangan, pelaburan serta pelancongan baharu antara Singapura, Sarawak dan Dunia.

“Jadi, sebab itulah pihak kami dan sebahagian daripada pasukan petugas Majlis Bandaraya Miri akan memperhebatkan program S-MM2H,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Miri City Council (MCC) Sunset Tea Party bertempat di Miri City Rooftop di sini pada Sabtu.

Untuk rekod, seramai 100 orang warga asing yang menetap di Miri menyertai program ini iaitu dari Canada, Nigeria, Indian, Egyptian, Japanese, Korean, England/British, Indonesia, United States, Dutch, Australian, United Kingdom, Singaporean, Zimbabwe, Pakistan, Bangladesh, Vietnam, Brunei Darussalam, Sri Lanka, German, Netherlands, Scottish, Libya, China, Filipino dan Zambian.

Hadir sama, Datuk Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang, Ketua Bahagian JPJKK IPD Miri DSP Nor Aizan Mohd Jamil dan ahli-ahli Majlis Bandaraya Miri.- EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia