RM400,000 Diperuntukkan Bagi Naik Taraf Gelanggang Futsal Bukit Dinding

ISNIN, 2 MEI 2022

MUKAH: Dana sebanyak RM400,000 telah diluluskan bagi menaik taraf gelanggang futsal Bukit Dinding kepada gelanggang berbumbung yang dilengkapi  dengan kemudahan tandas.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, apabila kerja menaik taraf gelanggang futsal itu siap kelak, ia akan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Katanya, kemudahan berkenaan juga memberi peluang kepada golongan belia bergiat aktif dalam pelbagai program kesukanan.

Berucap ringkas semasa merasmikan Kejohanan Futsal dan Gelanggang Futsal Bukit Dinding di Mukah pada Ahad, beliau menambah, kemudahan sukan yang disediakan pihak kerajaan adalah bagi mencapai hasrat melahirkan lebih ramai pemain berbakat dalam sukan futsal.

Pertandingan tersebut diadakan selama dua hari dan disertai oleh 24 pasukan termasuk dari Bawan, Tamin, Mukah, Selangau dan Sibu.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia