Jaga SOP Sempena Hari Raya Aidilfitri – Datuk Amar Jaul Samion

SELASA, 3 MEI 2022

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion mengingatkan agar rakyat sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2022, Datuk Amar Jaul Samion berkata, kelonggaran SOP yang diberikan tidak seharusnya dilihat sebagai kebebasan tanpa penjagaan atau melanggar SOP yang telah ditetapkan.

“Dalam kita gembira meraikan sambutan Hari Raya, tidak dilupakan juga untuk sentiasa mengamal SOP dan langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencegah penularan wabak COVID-19 dan sentiasa menjaga kesihatan,” katanya.

Tambah beliau, dengan kelonggaran SOP dalam fasa endemik pada tahun ini juga dapat menyemarakkan semangat sambutan Hari Raya.

“Dengan kelonggaran SOP dalam fasa endemik pada tahun ini, rakyat Malaysia dapat  bersama-sama untuk meraikan hari raya yang mulia ini disamping keluarga dan rakan taulan dengan semangat muhibah dan harmoni tanpa mengira perbezaan agama dan kaum,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Sarawak khususnya penjawat awam negeri ini. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia