KHAMIS, 5 MEI 2022
KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) mengumumkan penyempurnaan Perjanjian Pemindahan Perniagaan dan Langganan Saham (BTSSA) untuk PETROSNiaga Sdn Bhd (PNiaga).
Ini menandakan permulaan operasi perkongsian untuk perniagaan Gas Petroleum Cecair (LPG) di Sarawak iaitu semua silinder berisi gas PETRONAS (hijau) dan PETROS (merah) dipasarkan oleh PETROSNiaga, dan semua pengedar LPG PETRONAS sedia ada kini adalah Peniaga LPG PETROS.
Dalam kenyataan media pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS, Janin Girie berkata, pengoperasian ini perkongsian strategik memenuhi aspirasi Kerajaan Sarawak untuk perniagaan LPG kendalian PETROS di seluruh negeri dan merealisasikan hasrat Ordinan Pengagihan Gas Negeri 2016.
“Komitmen bersama kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan LPG kami di Sarawak, dengan menjadikan bahan api harian yang penting untuk rakyat Sarawakdengan lebih saksama terutamanya bagi mereka di kawasan luar bandar.
“Pengoperasian ini perkongsian strategik memenuhi aspirasi Kerajaan Sarawak untuk perniagaan LPG kendalian PETROS di seluruh negeri dan merealisasikan hasrat Ordinan Pengagihan Gas Negeri 2016,” katanya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, PDB komited untuk terus berkhidmat kepada masyarakat Sarawak.
“Kami di PDB komited untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di Sarawak.
“Perkongsian itu adalah langkah strategik untuk menggabungkan kekuatan, pengalaman dan kecekapan kedua-dua syarikat minyak dan gas untuk menyampaikan perkhidmatan dan nilai yang unggul untuk pelanggannya, sambil meningkatkan pasaran LPG di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media sama.
BTTSA yang telah dimuktamadkan dengan PETROS itu melibatkan pelupusan Perniagaan LPG Sarawak PDB kepada PNiaga dan langganan 49 peratus pegangan ekuiti dalam PNiaga.
Dalam pada itu, PetroNiaga turut menampilkan Lembaga Pengarah bersama yang dipengerusikan oleh Abang Arabi Abang Narudin dan Wakil Pemegang Saham dari PETROS dan PDB.-EDISI UKAS