JUMAAT, 6 MEI 2022
KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Mekah dijadualkan pada 31 Mei depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata, segala persiapan bagi urusan tersebut berjalan dengan lancar.
Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu para jemaah membalas surat tawaran yang telah dihantar oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada 24 April lepas.
“Dilaporkan kuota jemaah haji Malaysia adalah seramai 14,306 orang pada tahun ini.
“Jemaah yang akan menyertai penerbangan pertama dan terakhir sedang dibuat penjadualan semula oleh Tabung Haji,” tambah beliau.
Mengenai rayuan kuota haji, beliau berkata akan membawa surat rayuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk diserahkan kepada Raja Salman Abdulaziz dalam masa terdekat. -EDISI UKAS