Borneo Automotive Leisure Touring Team Teroka, Nikmati keindahan Sarawak

SABTU, 7 MEI 2022

MIRI: Borneo Automotive Leisure Touring Team mengadakan aktiviti bagi meneroka dan menikmati keindahan di Sarawak ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan 1 (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah hadir bagi memeriahkan aktiviti pasukan Borneo Automotive Leisure Touring Team pada Isnin bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Miri.

Katanya, Borneo Automotive Leisure Touring Team ini terdiri daripada kenderaan pacuan empat roda yang rata-ratanya dari Semenanjung Malaysia.

“Lawatan ini dilakukan bertujuan untuk meneroka dan menikmati sendiri keindahan di negeri ini,” katanya.

Datuk Sebastian Ting menambah, aktiviti ini akan mengambil masa perjalanan selama 10 hari.

“Semoga berjaya dan saya berharap anda semua menikmati perjalanan anda. Semoga selamat dalam perjalanan,” ujar beliau lagi.-EDISI UKAS

add comment