Kebakaran Belukar Di Luak Esplanade, Miri Berjaya Dikawal

MIRI: Satu kebakaran telah berlaku di belakang sebuah rumah di Pantai Luak Esplanade pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri menerusi kenyataan berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 12.45 tengah hari.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri telah bergegas ke tempat kejadian.

Tiba di tempat kejadian, pihaknya telah melakukan tindakan memadam kebakaran dengan menggunakan tiga unit alat pemerap api.

Api berjaya dipadam sepenuhnya tepat jam 1:00 tengah hari. – EDISI UKAS

add comment