SABTU, 7 MEI 2022
MIRI: Hari Ibu atau ‘Mother’s Day’ disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun di seluruh dunia.
Ia disambut bagi menzahirkan penghargaan kepada para ibu yang telah berjasa demi kebahagian keluarga dan anak mereka.
Justeru, sempena menyambut Hari Ibu kali ini, Pusat Khidmat DUN Pujut telah menyediakan hadiah berupa kuntuman bunga Carnation kepada para ibu dan wanita yang hadir bersenam di Taman Bulatan, Miri pada Jumaat.
Hadir bagi menyempurnakan pemberian bunga tersebut ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan 1 (Pelancongan) merangkap ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang. – EDISI UKAS