Tiga Buah Rumah Siap Dibaik Pulih Menerusi PPRMS DUN Mambong

SABTU, 7 MEI 2022

PADAWAN: Sebanyak tiga buah rumah telah siap dibaik pulih di bawah Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) bagi kawasan Mambong.

Pelaksanaan projek tersebut melibatkan rumah penduduk dari Kampung Sigandar, Kampung Annah Sibakar dan Kampung Biya Parang.

Sehubungan itu, Pegawai Tadbir Khas, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Keron Mapus turun padang bagi melihat perkembangan kerja baikpulih itu pada Jumaat sekaligus memastikan pelaksanaan projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sementara itu, para penduduk berpuas hati dengan pelaksanaan kerja baik pulih itu dan turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil atas keprihatinan beliau terhadap keperluan rakyat. -EDISI UKAS

add comment