RABU, 11 MEI 2022
SRI AMAN: Aktiviti kunjung mengunjung adalah satu tradisi sempena hari perayaan di Sarawak.
Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, ia juga adalah salah satu cara bagi mengeratkan silaturahim dan perpaduan antara penduduk setempat.
Jelasnya, dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kali ini, Program Ziarah Raya dapat diteruskan dan disambut dengan penuh bermakna.
Beliau berkata demikian selepas menyantuni rumah Penghulu Abang Nordin di Kampung Masjid Sri Aman, pada Rabu.
Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit dan Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee. -EDISI UKAS