Sarawak Sasar Jadi Antara Pengeluar Produk Makanan Menjelang 2030

KHAMIS, 12 MEI 2022

KUCHING: Sarawak menyasarkan menjadi antara pengeksport produk makanan bersih menjelang tahun 2030.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kerajaan negeri turut menyasar tahap sara diri ini kepada 60 peratus dan tidak hanya bergantung serta mengimport produk dari luar menjelang 2030.

Justeru katanya, kementeriannya akan memperkasakan sektor pertanian menerusi pertanian moden dalam usaha meningkatkan produktiviti.

“Kita perlu mengubah minda, kita harus berani mentransformasikan pertanian kepada pertanian perniagaan,” katanya semasa Program Mantar Aco Lepa Ajau Birami Gawai 2022 anjuran RTM Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak pada Khamis.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan Sarawak sentiasa membantu para pemain pertanian, peladangan dan penternakan bagi mengembangkan potensi produk mereka dengan mengggunakan teknologi baharu sebagai transformasi.

Katanya, pelbagai bantuan termasuk modal permulaan turut disediakan dalam memastikan mereka mampu bersaing di pasaran komersial. -EDISI UKAS

add comment