JUMAAT, 13 MEI 2022
SIBU: Seramai sembilan orang menerima sijil pelantikan bagi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaun(KMKK),Temenggong dan Kapitan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek dan DUN Pelawan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sibu pada khamis.
Penyerahan sijil pelantikan KMKK bagi kedua-kedua DUN tersebut telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sibu, Wong Hie Sieng.
Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Michael Tiang Ming Tee dan ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.
Dalam pada itu, seramai tiga orang Temenggong telah dilantik semula berkuatkuasa pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.
Mereka adalah Temenggong Vincent Lau Lee Ming, Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad dan Temenggong Stanley Geramong Bandar.
Manakala bagi DUN Bukit Assek menyaksikan tiga lantikan bagi jawatan Penghulu di mana dua daripadanya adalah pelantikan baharu dan seorang pelantikan semula.
Bagi lantikan jawatan Kapitan pula hanya seorang yang telah dilantik semula dan DUN Pelawan pula seramai dua orang yang menerima sijil lantikan baharu sebagai Penghulu. -EDISI UKAS