ADUN Balingian Santuni Mangsa Kebakaran Kampung Tutus Hilir, Mukah

JUMAAT, 13 Mei 2022

MUKAH: Musibah menimpa mangsa kebakaran di Kampung Tutus Hilir, Mukah terus mendapat simpati dari orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Prihatin dengan nasib mereka, Abdul Yakub telah menyalurkan bantuan awal kepada mangsa yang diagihkan oleh wakil beliau, Che Ghazali Arbi pada Jumaat.

Selain itu, bantuan turut disalurkan oleh Skuad Sayang N.58 Balingian yang diwakili Kaunselor Aimiey Kaliew.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 5.05 petang pada 12 Mei itu telah meranapkan dua buah rumah milik Abu Bakar dan Rozlan Salih.

Pihak Bomba dengan dibantu penduduk berhampiran berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 6.40 petang.

Semua mangsa berjaya diselamatkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – EDISI UKAS

add comment