Intergriti Perlu Dipupuk Dibangku Sekolah Lagi

JUMAAT, 13 MEI 2022

PUSA : Integriti perlu di pupuk dalam diri seseorang terutama sebagai seorang pelajar sekolah amat penting pada abad ini.

Unit Integriti dan Ombudsman di Jabatan Premier Sarawak telah mengadakan Program Ceramah Kemahiran Integriti Abad ke 21 Remaja Self- Genius sempena program jelajah Integriti Siri 4/2022 bahagian Betong di dewan Al Amin Beladin, Pusa pada Khamis.

Program tersebut melibatkan 60 orang pelajar daripada Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Beladin dan beberapa orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Beladin, Pusa.

Program tersebut bertujuan bagi memberi kesedaran kepada pelajar SMK Beladin tentang tanggungjawab sebagai pelajar, pemimpin serta memberi infomasi mengenai tentang Integriti dalam diri seseorang terutama sebagai seorang pelajar sekolah.

Dalam pada itu, pelbagai pendekatan yang telah diperkenalkan oleh penceramah sebagai motivasi dan konsep kesedaran dalam diri seorang pelajar sepanjang program tersebut.

Sehubungan itu, program tersebut mendapat sambutan yang sangat baik serta memberi Impak yang positif dalam kehidupan seorang pelajar serta meningkatkan lagi Kemahiran Intergiti Abad ke 21 Remaja Self- Genius dalam kehidupan.-EDISI UKAS

add comment