Lukisan 3D Mural Bakal Jadi Tarikan Pelancong Baharu Di Sibu

JUMAAT, 13 MEI 2022

SIBU: Sektor swasta digalakkan menyokong kreativiti karya lukisan mural artis tempatan dalam usaha mengindahkan bandar Sibu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang Ming Tee berkata, Sibu merupakan sebuah bandar yang memiliki bangunan warisan serta berpotensi dibangunkan sebagai lokasi pelancongan menerusi penghasilan lukisan mural artis tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pelawan itu menambah, pihaknya telah memulakan inisiatif dengan lukisan mural di Ramin Way yang bukan sahaja memberi nafas baharu malah menjadi tarikan pelancong tempatan yang berkunjung ke Sibu

“Saya rasa ini ini merupakan lukisan pertama yang ditelah dikaryakan di stesen minyak di Sarawak dan saya amat kagum dengan penghasilan karya lukisan mural daripada Aries Kong atau di kenali sebagai Jagung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan lukisan 3D Mural yang bertajuk ‘You Lu’ di Stesen Minyak Shell Gorgeous Trading Sdn Bhd pada Khamis.

Dalam pada itu, Michael Tiang berkata, inisiatif bagi menghasilkan lukisan mural di Ramin Way bukan hanya memberi nafas baharu kepada kawasan tersebut, namun ia turut memulihara seni bina asal bangunan tersebut tanpa melenyapkan elemen nostalgia bangunan lama di situ disamping menjadi tarikan baharu para pelancong tempatan ke Sibu

Pengurus Besar Kumpulan Sri Minyak, Amelia Tiu pula berkata, matlamat utama lukisan 3D mural di stesen minyak ini juga adalah sebagai salah satu tarikan pelancong di Sibu di samping mempromosikan kecantikan dan keunikan budaya Sarawak kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Mereka boleh merasakan seolah- olah seperti berada di dalam hutan hujan tropika di mana pelanggan boleh mendengar kicauan serangga dan burung serta memberikan impak,” ujarnya.

Hadir sama ialah Pengasas Kumpulan Sri Minyak Dato William Tiu, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Dr Collin Babat, Pengurus Wilayah Kanan Shell Sarawak Alex Pega dan Pengurus Wilayah FO3, Maurice Chiam.-EDISI UKAS

add comment