9 KMKK Di DUN Dudong Terima Sijil Lantikan

SABTU, 14 MEI 2022

SIBU: Seramai sembilan orang Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong telah menerima sijil lantikan KMKK.

Daripada jumlah itu, dua orang adalah pelantikan semula dan tujuh orang adalah pelantikan baru.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sibu, Wong Hie Sieng dalam majlis ringkas di diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sibu pada Khamis.

Ia turut disaksikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Sibu, Salehah Hid, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong yang juga Pengerusi PDP Dudong, Kaunselor Teo Boon Siew dan Pegawai Tadbir Khas Kepada Dato Sri Tiong King Sing, Johny Ling. – EDISI UKAS

add comment