Pelantikan KMKK di Bawah Bidang Kuasa Pejabat Daerah, Bersyarat

SABTU, 14 MEI 2022

KANOWIT: Pelantikan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) ataupun Tuai Rumah merupakan salah satu di bawah bidang kuasa pejabat daerah dengan syarat tertentu.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata syarat-syarat tersebut

seperti faktor umur, tahap akademik, sumbangan kemasyarakatan dan terikat dengan adat-istiadat Iban 1993.

Beliau menjelas demikian semasa menghadiri sesi Randau Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat di Dewan Pejabat Daerah Kanowit pada Rabu.

Ujarnya, sesi randau itu bertujuan mengelakkan kekeliruan mengenai pemilihan dan pelantikan seseorang KMKK.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kanowit, Kathreen Lalai berkata, tuai rumah bagi sesebuah rumah panjang adalah seseorang yang dipilih secara majoriti oleh penghuni di rumah panjang tersebut serta perlu menjalankan tugas secara jujur, amanah dan berintegriti serta mewujudkan semangat keharmonian di kalangan komuniti tersebut.

Dalam sesi randau tersebut turut disertakan taklimat status jenayah di Daerah Kanowit daripada Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Tega Bilong kepada penghulu-penghulu yang hadir.-EDISI UKAS

add comment