‘The STAGE’ Platform Ketengah Bakat Anak Seni Dan Kreatif Sibu

SABTU, 14 MEI 2022

SIBU: Penggiat seni dan kreatif di Sibu berpeluang mengetengahkan bakat mereka dalam program ‘the STAGE’ yang akan diadakan pada 27 hingga 28 Mei ini bertempat di Rejang Esplanade.

Diilhamkan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, program itu bertujuan menggalakkan penghibur di Sibu berani memberi perubahan untuk pendedahan dengan bekerjasama bersama agensi media kreatif profesional.

Menurut Joseph Chieng, program itu merupakan projek jangka panjang yang bertujuan menubuhkan ekosistem platform dengan kerap dalam penerokaan, kerjasama dan persembahan dengan mengumpulkan semua bakat.

“Program ini dianjurkan oleh belia dan untuk belia di Sibu. Melalui program ini, anak muda Sibu yang berbakat dapat diketengahkan kerana kita turut menjemput youtuber, influencer dan ramai lagi.

“Justeru, belia boleh membawa bakat mereka ke peringkat antarabangsa,” katanya bercakap dalam sidang media di Pusat Khidmat SUPP Bukit Assek pada Jumaat.

Menjelas lanjut, Joseph Chieng berkata program itu akan dijadikan acara tahunan di mana ia dilaksanakan dua bulan sekali dalam setahun.

Antara persembahan yang akan diketengahkan adalah Kugiran Muzik Melayu, Tarian Cina Moden, Persembahan Magik, Persembahan sape, Penyanyi Duet Melayu, Kugiran Muzik Cina, Tarian Moden Melayu, Persembahan Gendang kanak-kanak dan Budaya Cina.

Program bertemakan “Dare to Dream” itu mensasarkan kira-kria 1,000 orang peserta tempatan dan tempat lain secara fizikal. – EDISI UKAS

add comment